Cari:
Perbincangan Mengenai Pertukaran Sosiobudaya Peringkat Tinggi China-AS Pusingan Keenam di Washington
2015-06-25 13:53:52 CRI Cetak

Perbincangan mengenai pertukaran sosiobudaya peringkat tinggi China-AS pusingan keenam telah diadakan di Washington semalam. Naib Perdana Menteri China, Liu Yandong, telah menghadiri sidang pleno dan menyampaikan ucapan.

Liu Yandong menyatakan bahawa sejak mekanisme perbincangan itu dilaksanakan pada enam tahun yang lalu, pertukaran sosiobudaya antara kedua-dua negara berkembang dengan lebih cepat daripada jangkaan. Pertukaran sosiobudaya bersama dengan kepercayaan politik serta kerjasama ekonomi dan perdagangan menjadi tiga tunggak utama kepada hubungan China-AS.

Pada tahun 2014, China dan AS telah melaksanakan 104 buah projek berdasarkan persepakatan. Dalam perbincangan pusingan kali ini, kedua-dua pihak mencapai persepakatan mengenai 119 buah projek yang melibatkan pendidikan, sains dan teknologi, kebudayaan, kesihatan, sukan, wanita dan belia.

Pihak AS menganggap bahawa kedua-dua pihak akan terus memperluas pertukaran sosiobudaya, meningkatkan persefahaman, saling mempercayai, saling hormat-menghormati dan saling memahami dalam mengembangkan hubungan rakan yang erat. Hal ini akan membantu menggalakkan kedamaian dan kemakmuran dunia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China