Cari:
Perbincangan Presiden Perancis dan AS Berhubung Hal Pengintipan Panggilan Telefon
2015-06-25 13:57:13 CRI Cetak

Presiden Perancis, François Hollande menghubungi rakan sejawatnya dari AS, Barack Obama melalui telefon semalam untuk membincangkan hal pengintipan panggilan telefon terhadap Presiden Perancis tiga penggal yang dilakukan oleh Agensi Keselamatan Kebangsaan (NSA) AS. Obama menegaskan bahawa beliau berjanji akan menghentikan pengintipan terhadap rakan sekutu AS.

Pejabat Presiden Perancis menyampaikan taklimat semalam bahawa kedua-dua pemimpin telah bertukar-tukar pandangan mengenai hal tersebut, di samping membincangkan prinsip yang perlu dipatuhi oleh negara sekutu dalam bidang perisikan.

Taklimat tersebut juga menyatakan bahawa petugas sistem risikan Perancis akan melawat ke AS untuk memperkasakan kerjasama kedua-dua negara dalam bidang tersebut.

Pada hari yang sama, Perdana Menteri Perancis, Waals, berkata AS perlu mengakui langkah pengintipannya telah mengancam kebebasan negara sekutunya dan perlu berusaha menutup kerosakan dalam hubungan dua hala tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China