Rakyat Jepun mengadakan protes terhadap rang undang-undang keselamatan. Pelbagai persatuan perundangan mengadakan sidang media atau perhimpunan untuk menggesa kerajaan agar menarik balik rang undang-undang berkenaan. Kira-kira 30 ribu rakyat Jepun sekali lagi berkumpul di sekitar bangunan Diet untuk membantah rang undang-undang tersebut dan menentang mesyuarat Diet tersebut dipanjangkan.
Mesyuarat Diet Jepun sepatutnya ditamatkan pada 24 Jun lalu. Oleh sebab Perdana Menteri, Shinzo Abe, mahu rang undang-undang keselamatan diluluskan dalam mesyuarat kali ini, tempoh mesyuarat tersebut dipanjangkan sehingga 27 September. Keputusan ini mendapat bantahan keras daripada rakyat Jepun.
Pada malam hari yang sama, penduduk Jepun yang berkumpul di sekitar bangunan Diet melaungkan slogan "Tamatkan mesyuarat dengan segera", "Tarik balik rang undang-undang keselamatan", "Abe letakkan jawatan", "Menentang peperangan" dan "Memelihara Perlembagaan".
Selain itu, Pertubuhan Sarjana Menentang Rang Undang-undang Keselamatan mengadakan perhimpunan di bangunan Diet dan mengumumkan sudah terdapat 6718 sarjana menyokong kenyataan yang menggesa Abe menarik balik rang undang-undang tersebut.