Cari:
China dan AS Diharap Tingkatkan Kerjasama bagi Lindungi Laut
2015-06-25 16:05:58 CRI Cetak

China dan AS perlu terus berusaha untuk menggalakkan kerjasama dalam bidang perlindungan laut. Demikian dinyatakan wakil khas Presiden China, Xi Jinping, Yang Jiechi ketika bersama-sama dengan wakil khas Presiden AS, Barack Obama, John Kerry menghadiri mesyuarat mengenai "Perlindungan Laut China-AS" di bawah rangka Dialog Strategik dan Ekonomi China-AS pusingan ketujuh di Washington semalam.

Yang Jiechi menegaskan bahawa kedua-dua negara diharap membincangkan kerjasama yang melibatkan pembinaan ekologi laut, pemantauan alam sekitar laut dan perlindungan sumber perikanan. Selain itu, kedua-dua negara perlu mengeratkan perhubungan badan penguat kuasa undang-undang bagi mewujudkan suasana maritim yang aman dan damai.

John Kerry pula berkata, AS bersedia untuk bersama-sama dengan China memperluas kerjasama dalam bidang penguatkuasaan undang-undang maritim dan pembangunan laut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China