Cari:
China Keluarkan Laporan Hak Asasi Manusia AS 2014
2015-06-26 15:52:43 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Jabatan Penerbangan Dewan Negara China hari ini mengeluarkan Laporan Hak Asasi Manusia AS Tahun 2014 sebagai respons kepada Laporan Hak Asasi Manusia Negara yang dikeluarkan oleh kerajaan AS pada 25 Jun lalu.

Laporan China tersebut menyatakan, Laporan Hak Asasi Manusia Negara yang dikeluarkan oleh Jabatan Negara AS tidak melihat situasi hak asasi manusia di negara sendiri, sebaliknya mengkritik situasi hak asasi manusia di negara-negara lain di dunia.

Pada tahun 2014, situasi hak asasi manusia di AS menjadi lebih buruk berikutan pelbagai isu baharu, malah turut mencabuli hak asasi manusia negara lain dengan sewenang-wenangnya.

Laporan yang mengandungi 11 ribu perkataan itu terbahagi kepada prakata, hak warga, hak politik, hak ekonomi dan sosial, rasisme, hak wanita dan kanak-kanak, dan kegiatan mencabuli hak asasi negara-negara lain.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China