Cari:
Obama dan Putin Bincangkan Situasi Ukraine
2015-06-26 14:52:20 CRI Cetak

Presiden Rusia, Vladimir Putin menghubungi Presiden AS, Barack Obama melalui telefon untuk membincangkan isu yang menjadi tumpuan bersama termasuk situasi Ukraine.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Rumah Putih semalam, dalam perbincangan tersebut, Obama menegaskan lagi pendirian AS, iaitu Rusia mesti menunaikan janjinya dalam Perjanjian Minsk Baharu, iaitu mengundurkan semua tentera dan senjata dari wilayah Ukraine.

Selain itu, kedua-dua pihak juga telah membincangkan isu ancaman kumpulan militan Negara Islam (IS), situasi Syria dan isu nuklear Iran. Kedua-dua pemimpin telah menegaskan bahawa enam negara kuasa besar nuklear perlu mengekalkan perpaduan dalam rundingan isu nuklear Iran untuk mengelakkan Iran daripada memperoleh senjata nuklear.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China