Cari:
China: Pandangan Sejarah yang Betul Bermanfaat bagi Pelbagai Pihak
2015-06-27 14:55:24 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Memupuk pandangan sejarah yang betul untuk memastikan Jepun tidak menempuhi lagi laluan militarisme dan pencerobohan. Hal ini bukan sahaja memberi manfaat kepada pelbagai pihak terlibat, malah juga bermanfaat bagi Jepun sendiri.

Demikian ditegaskan oleh Jurucakap Kementerian Luar China, Lu Kang semalam.

Dimaklumkan, kerajaan Jepun mengumumkan Sidang Menteri Luar Kumpulan Tujuh (G7) bakal diadakan di Hiroshima, Jepun tahun depan. Kerajaan Jepun mendakwa ini bertujuan untuk menyeru masyarakat antarabangsa mempertahankan keamanan dunia, dan kawalan senjata nuklear.  

Dalam pada itu, Lu Kang berkata, pihak-pihak berkenaan diharap dapat menceritakan sejarah Perang Dunia Kedua yang benar secara komprehensif kepada masyarakat antarabangsa dalam tempoh Sidang Menteri Luar G7 tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China