Forum Keamanan Dunia (WPF) ke-4 diadakan di Universiti Tsinghua, di Beijing hari ini. Naib Presiden China, Li Yuanchao menyampaikan ucapan dalam majlis perasmian forum tersebut.
Li Yuanchao berkata, keamanan dan keselamatan merupakan prasyarat bagi pembangunan bersama umat manusia. Kita patut mengambil semangat saling memahami, bermuafakat dan bantu-membantu demi mewujudkan persahabatan, saling menghormati, dan kesaksamaan, sekali gus mengukuhkan asas keamanan dan keselamatan. Kita patut mempercepat pembinaan hubungan rakan pembangunan global model baharu yang lebih saksama dan seimbang demi membentu komuniti berkongsi nasib bersama keamanan dan keselamatan manusia.
Sebelum majlis perasmian, Li Yuanchao mengadakan pertemuan dengan para hadirin termasuk, mantan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono, mantan Perdana Menteri Perancis, Dominique de Villepin, mantan Perdana Menteri Australia, Kevin Rudd dan mantan Penolong Hal-Ehwal Keselamatan Negara Presiden AS, Stephen John Hadley.
Forum kal ini turut dihadiri oleh kira-kira 500 orang dari China dan negara asing.