Cari:
Sidang Kemuncak Kumpulan Pemikir Sejagat Keempat Di Beijing
2015-06-27 15:18:45 CRI Cetak

Sidang Kemuncak Kumpulan Pemikir Sejagat Keempat yang bertemekan "Pembangunan Berterusan Sejagat: Model Baharu Pasca 2015" dirasmikan di Beijing semalam. Naib Perdana Menteri China, Liu Yandong menghadiri majlis perasmian dan menyampaikan ucapan.

Liu Yandong menyatakan bahawa mewujudkan pembangunan berterusan merupakan konsensus penting umat manusia dalam mengejarkan pembangunan dan juga tanggungjawab bersama masyarakat antarabangsa. China menyokong dan melaksanakan konsep pembangunan berterusan dengan tegas, usahanya termasuk mengintesifkan pembaharuan dengan komprehensif, mentadbirkan negara berdasarkan undang-undang, terus menggalakkan transformasi dan kenaiktarafan ekonomi, menggalakkan kemajuan sosial dan peningkatkan taraf hidup rakyat. Meningkatkan perlindungan alam sekitar dan pembangunan tamadun ekonolgi. Selain itu, China dengan aktif menjalankan kerjasama dengan masyarakat antarabangsa dan telah mencapai hasil yang mengagumkan dalam bidang merealisasikan sasaran pembangunan milienium.

Liu Yandong mengatakan bahawa masyarakat antarabangsa perlu mengutamakan kerjasama dan mewujudkan situasi menang-menang, mementingkan usaha membasmi kemiskinan dan menggalakkan pembangunan di samping menjana pembangunan seimbang antara ekonomi dengan sosial serta alam sekiar.

Sidang kemuncak ini dianjurkan Pusat Pertukaran Ekonomi Antarabangsa China (CCIEE), yang disertai seramai lebih 600 wakil datang dari 30 buah negara, kawasan dan pertumbuhan antarabangsa.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China