Cari:
Li Keqiang Ditemui Wakil Kumpulan Pemikir
2015-06-27 15:19:36 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang ditemui wakil-wakil dari luar negara yang menghadiri Sidang Kemuncak Kumpulan Pemikir Sejagat Keempat di Dewan Besar Rakyat di Beijing petang semalam. Beliau turut mengadakan temu ramah dengan mereka.

Seramai lebih 50 orang wakil termasuk sarjana dan petugas Kumpulan Pemikir dan badan penyelidikan yang terkenal, bekas pemimpin negara dan wakil pertubuhan antarabangsa dan kalangan industri dan perdagangan. Dalam temu ramah itu, para wakil telah mengemukakan pandangan mereka mengenai topik pembangunan berterusan, tadbir urus sejagat dan mengatasi perubahan iklim serta ekonomi China. Li bertukar-tukar pendapat dengan mereka dan menjawap pertanyaan mereka.

Li Keqiang menyatakan bahawa sejak matlamat pembangunan milenium PBB dikeluarkan 15 tahun yang lalu, China telah berjaya mencapai matlamat itu secara menyeluruh, misalnya China antara negara membangun yang paling awal mewujudkan sasaran pembasmian kemiskinan, dan juga telah mencapai kemajuan yang cukup besar dalam bidang pendidikan dan penawaran peluang pekerjaan.

Beliau menegaskan bahawa situasi ekonomi China sekarang mapan. China mampu mengekalkan pertumbuhan yang sederhana dan pesat, serta melonjakkan ekonominya ke taraf yang sederhana dan tinggi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China