Kerajaan China sentiasa berpegang pada prinsip menyelesaikan pertikaian di Laut China Selatan melalui saluran damai dan rundingan langsung dengan negara-negara terlibat berdasarkan hakikat sejarah dan undang-undang antarabangsa. Hal ini juga selaras dengan peraturan Deklarasi Tatalaku Pihak-Pihak Berkaitan di Laut China Selatan (DOC) yang ditandatangani oleh China dan sepuluh negara anggota ASEAN.
Menteri Luar China, Wang Yi berkata demikian ketika menjawab soalan wartawan mengenai isu Laut China Selatan sempena Forum Keamanan Dunia (WPF) yang diadakan di Beijing semalam.
Wang menegaskan bahawa China mempunyai keazaman yang kukuh dan kemampuan yang mencukupi dalam isu Laut China Selatan. China akan terus mempertahankan hak dan kepentingan yang sah di Kepulauan Nansha melalui kaedah yang rasional dan sah. Di samping itu, China juga akan bekerjasama dengan negara anggota ASEAN untuk memelihara keamanan dan kestabilan di Laut China Selatan, menjaga kebebasan pelayaran dan penerbangan antarabangsa yang dinikmati oleh pelbagai negara terlibat berdasarkan undang-undang antarabangsa.