Cari:
AS, Iran Adakan Pertemuan Rundingan Nuklear Pusingan Terakhir
2015-06-28 15:00:09 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Sempena tarikh tamat rundingan perjanjian komprehensif isu nuklear Iran yang akan datang, Setiausaha Negara AS, John Kerry dan Menteri Luar Iran, Javad Zarif mengadakan pertemuan kali pertama bagi rundingan nuklear pusingan terakhir semalam di Vienna, Austria.

Dimaklumkan, kini, kira-kira 250 orang pakar teknikal dan diplomat dari Iran dan enam negara berkaitan isu nuklear Iran sedang mengadakan rundingan teknikal mengenai teks perjanjian komprehensif tersebut.

Menurut media Iran, Zarif ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Vienna semalam menyatakan bahawa jika negara Barat tidak mengemukakan permintaan yang berlebihan, perjanjian komprehensif tersebut mungkin dapat dicapai sebelum tarikh tamat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China