Cari:
MH17: Rusia Tolak Penubuhan Tribunal PBB
2015-06-28 15:34:54 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Rusia menolak gesaan supaya diwujudkan sebuah tribunal Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi membicarakan pihak yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 di timur Ukraine tahun lalu.

Timbalan Menteri Luar Rusia, Gennadiy Gatilov berkata, Rusia menentang cadangan itu kerana langkah tersebut tidak kena pada masanya dan tidak produktif.

Beliau berkata, siasatan kes itu perlu disiapkan terlebih dahulu sebelum sebarang tindakan lanjut diambil.

Belanda, Malaysia, dan tiga lagi negara lain mahu sebuah tribunal PBB diwujudkan bagi menyiasat nahas pada Julai tahun lalu itu yang mengorbankan semua 298 penumpang dan krew.

(sumber daripada Utusan Online Malaysia)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China