Cari:
Jepun Diharap Terima Pembangunan dan Kebangkitan China
2015-06-28 14:59:46 CRI Cetak

Punca utama masalah hubungan China-Jepun adalah sikap Jepun sama ada boleh benar-benar menerika dan mengalu-alukan pembangunan dan kebangkitan China.

Menteri Luar China, Wang Yi berkata demikian ketika menjelaskan dasar China terhadap Jepun sempena Forum Keamanan Dunia (WPF) ke-4 di Beijing semalam.

Wang Yi menyatakan bahawa dasar China untuk memelihara hubungan damai dengan Jepun dan menjalankan kerjasama yang saling menguntungkan dengan negara itu tidak berubah. Hakikatnya, pembangunan China telah membawa faedah yang besar kepada Jepun, namun Jepun nampaknya enggan menerima fakta itu. Semua masalah yang muncul dalam hubungan China-Jepun ada kaitan dengan sikap itu.

Beliau menegaskan bahawa tahun ini merupakan ulang tahun ke-70 kemenangan Perang Anti-Fasis Dunia dan kemenangan Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun. Oleh itu, Jepun berdepan dengan masalah bagaimana memandang sejarah pencerobohannya. Sama ada pemimpin Jepun akan terus menyembunikan diri dalam bayangan sejarah pencerobohan dan terus dikritik masyarakat awam atau mengambil sikap damai dengan pelbagai negara terutamanya negara yang pernah mengalami pencerobohan Jepun dan kesengsaraan perang itu, bersama-sama meneroka masa depan, kami akan menunggu pilihan mereka.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China