Rantau Asia-Pasifik adalah tempat tinggal China, maka China menganggap usaha menjaga kedamaian dan kestabilan di rantau Asia-Pasifik sebagai tanggungjawab sendiri. Demikian kata Menteri Luar China, Wang Yi ketika menghadiri Forum Keamanan Dunia (WPF) ke-4 di Beijing semalam.
Wang Yi menegaskan bahawa China akan terus mengutamakan pembangunan damai di rantau Asia-Pasifik. China tidak mahu menjadi negara gergasi tunggal di rantau ini, tidak mahu membina lingkungan naungan, tidak menjalin hubungan persekutuan ketenteraan dengan negara lain, dan China juga tidak mahu menyingkirkan mana-mana negara pun ke luar rantau Asia-Pasifik. Sebaliknya, China komited bersatu padu dan bekerjasama dengan pelbagai negara, menjamin keamanan rantau ini dengan konsep membangunkan bersama-sama, demi mewujudkan situasi menang-menang.
Wang Yi mengatakan bahawa China akan menggunakan peluang yang menggalakkan pembangunan "Satu Jalur, Satu Laluan", melalui mengintensifkan kerjasama dalam bidang produktiviti antarabangsa, dengan sokongan Bank Pelaburan Infrastruktur Asia dan Tabung Jalan Sutera mengeratkan kerjasama saling menguntungkan dengan pelbagai negara secara menyeluruh.