Cari:
Parlimen Greece Lulus Referendum
2015-06-29 15:56:00 CRI Cetak
Presiden Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Christine Lagarde, dalam kenyataan semalam meluahkan rasa kecewa mengenai kegagalan rundingan pelan penyelamatan ekonomi Greece oleh Kesatuan Eropah (EU) dan IMF.

Dalam kenyataan tersebut, Christine komited untuk meneruskan komunikasi dengan kerajaan Greece dan bersedia untuk menawarkan bantuan sekiranya diperlukan. Beliau menyambut baik kenyataan Kumpulan Euro dan Bank Pusat Eropah berhubung dengan langkah-langkah menjamin keutuhan dan kestabilan Zon Euro.

Christine mengulangi lagi kesediaan IMF untuk menyambung semula rundingan dengan kerajaan Greece serta pihak-pihak terbabit yang lain. Beliau juga mengingatkan negara tersebut agar melakukan pembaharuan kewangan yang sewajarnya.

Sebelum ini, Parlimen Greece meluluskan referendum berhubung dengan tawaran terbaharu pemiutang negara berkenaan yang terdiri daripada EU dan IMF.

Referendum atau pungutan suara mengenai usul pelan penyelamatan ekonomi Greece oleh EU dan IMF itu akan diadakan pada 5 Julai depan.

Referendum tersebut diluluskan selepas mendapat sokongan 179 daripada 300 anggota Parlimen Greece.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China