Cari:
China Komited Basmi Kemiskinan
2015-06-30 16:41:05 CRI Cetak
Sidang Kemuncak Kumpulan Pemikir Global Ke-4 berakhir di Beijing pada 27 Jun lalu. Dalam sidang tersebut, wakil-wakil kumpulan pemikir dari 22 negara dan kawasan telah berbincang mengenai usaha membasmi kemiskinan serta mengeluarkan cadangan untuk menjayakan usaha tersebut. Ketua Pengarah Jabatan Pembasmian Kemiskinan Dewan Negara China, Liu Yongfu berkata, China akan melaksanakan strategi pembasmian kemiskinan yang menyeluruh supaya membolehkan 70 juta penduduk miskin terlepas daripada belenggu kemiskinan menjelang 2020.

Pada masa ini, garis kemiskinan di kawasan desa China ditetapkan pada pendapatan per kapita tahunan sebanyak RMB 2,300. Masih terdapat 128 ribu buah kampung dan lebih 70 juta penduduk China masih hidup di bawah garis ini. Liu Yongfu berkata,

"Pada tahun lepas, China telah memulakan kerja mengenal pasti kawasan dan penduduk miskin untuk lebih mengetahui tentang situasi kemiskinan di negara ini. Melalui tinjauan terhadap kampung-kampung dan keluarga, kerajaan telah mengira jumlah penduduk miskin dan merancang program bantuan berkenaan bagi menangani kemiskinan."

Timbalan Pengarah Pusat Pertukaran Ekonomi Antarabangsa China (CCIEE), Nie Zhenbang berpendapat bahawa selain daripada menyediakan bantuan dari segi modal dan kepakaran kepada kawasan miskin, langkah-langkah menggalakkan pembangunan diri, mekanisme bantuan yang lebih sempurna, serta usaha merangsang potensi pembangunan kawasan tersebut juga amat penting. Beliau berkata:

"Mekanisme keinstitusian yang lebih sempurna bagi membasmi kemiskinan amat perlu. Seluruh masyarakat perlu bergembleng tenaga untuk menjayakan usaha membanteras kemiskinan."

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI), Tan Sri Dato' Dr. Michael Yeoh berkata, pendidikan merupakan strategi utama Malaysia dalam usaha membasmi kemiskinan. Beliau berpendapat,

"Sejumlah besar penduduk miskin adalah wanita. Kerajaan perlu menyediakan lebih banyak peluang pendidikan kepada golongan wanita, kerana ini akan meningkatkan pendapatan mereka dan mengurangkan kemiskinan."

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China