Cari:
Greece Laksanakan Kawalan Modal
2015-06-30 15:55:46 CRI Cetak

Suruhanjaya Eropah (EC) dalam kenyataan semalam berkata, tindakan kerajaan Greece melaksanakan kawalan modal adalah selaras dengan undang-undang Kesatuan Eropah (EU).

Pesuruhjaya EU bertanggungjawab atas Kestabilan Kewangan, Perkhidmatan Kewangan dan Kesatuan Pasaran Modal, Jonathan Hill berkata, memandangkan krisis kewangan yang semakin merun­cing di Greece, langkah drastik Kabinet negara itu bertujuan untuk melindungi kepentingan orang awam. Tindakan mengehadkan aliran modal adalah wajar. EC akan memberikan sokongan secara teknikal kepada negara tersebut.

Kabinet Greece semalam membuat keputusan untuk menutup semua bank di negara berkenaan bermula pada 29 Jun hingga 6 Julai, iaitu selama enam hari dan mengehadkan pengeluaran wang tunai.

Dilaporkan, pengeluaran wang tunai daripada Mesin Teler Automatik (ATM) dihadkan pada 60 Euro (RM252) sehari.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China