Cari:
Greece Terlepas Tarikh Akhir Bayar Hutang IMF
2015-07-01 16:29:39 CRI Cetak

Menteri Kewangan Greece, Yanis Varoufakis mendakwa, negara itu tidak akan ‎menjelaskan hutang sebanyak €1.6 bilion kepada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada tarikh akhir pembayaran balik pinjaman, iaitu pada 30 Jun.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri Greece semalam, Athens mengusulkan agar satu perjanjian selama dua tahun dapat diwujudkan melalui Mekanisme Kestabilan Eropah (ESM). Ini merupakan percubaan terakhir untuk mengelakkan Greece daripada memungkiri janji atau tersingkir daripada Zon Euro.

Serentak dengan itu, Timbalan Perdana Menteri Greece, Giannis Dragasakis memohon IMF supaya memberikan lebih masa kepada negara itu untuk membayar balik hutang berkenaan. Usul itu akan diserahkan untuk dibincangkan dalam mesyuarat Menteri-Menteri kewangan Zon Euro pada 1 Julai ini.

Dimaklumkan, perjanjian dengan ESM berjumlah €30 bilion dan melibatkan kandungan seperti keperluan kewangan Greece, penstrukturan semula hutang dan pelanjutan perjanjian jaminan ekonomi negara itu.

Pengerusi Eurogroup, Jeroen Dijsselbloem, menyifatkan permohonan bantuan yang dikemukakan Greece itu sebagai "dialu-alukan".

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China