Cari:
Kemajuan Rundingan Isu Nuklear Iran
2015-07-02 11:37:11 CRI Cetak

Setiausaha Negara AS, John Kerry dan Menteri Luar Iran, Mohammad Javad Zarif masing-masing menyatakan bahawa rundingan mengenai usaha memeterai perjanjian muktamad isu nuklear Iran telah mencapai kemajuan di Vienna semalam.

Sebelum ini, jurucakap Jabatan Negara AS, Marie Harf berkata, tarikh akhir rundingan yang sepatutnya tamat pada 30 Jun lalu dilanjutkan kepada 7 Julai untuk menyediakan lebih banyak masa kepada rundingan berkenaan.

Dilaporkan, Ketua Pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), Yukiya Amano, hari ini akan bertemu dengan Presiden Iran, Hassan Rouhani untuk membincangkan butiran terperinci seperti kerjasama IAEA-Iran serta langkah-langkah mempercepat penyelesaian masalah utama dalam program pembangunan nuklear negara itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China