Cari:
Greece Tekad Tolak Tawaran Pemiutang
2015-07-02 11:38:51 CRI Cetak

Perdana Menteri Greece, Alexis Tsipras merayu kepada rakyatnya supaya berani menolak usul penyelesaian hutang yang disyorkan oleh pemiutang negara itu dalam referendum yang dijadualkan berlangsung pada 5 Julai nanti.

Beliau ketika berucap melalui siaran TV semalam berkata, keengganan menerima usul itu tidak akan menyingkirkan Athens daripada Zon Euro, sebaliknya bakal menemukan satu persepakatan yang lebih baik.

Tsipras menganggap, pemiutang berkenaan perlu memikul tanggungjawab atas tindakan Greece menutup semua bank di dalam negara di samping melaksanakan kawalan modal.

Serentak dengan itu, Kesatuan Eropah menegaskan lagi kemustahilan mengadakan rundingan dengan Greece sebelum referendum diadakan di negara itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China