Cari:
Seoul Mansuh Bayaran Visa Pelancong
2015-07-02 14:41:03 CRI Cetak

Korea Selatan akan mengecualikan bayaran visa untuk pelawat dari China dan beberapa negara Asia Tenggara dalam usahanya untuk menyemarakkan lagi industri pelancongan selepas negara itu dilanda wabak Sindrom Pernafasan Virus Korona Asia Barat (MERS-Cov).

Kementerian Keadilan republik dalam satu kenyataan semalam berkata, bayaran visa bernilai USD 15 (RM56) akan dikecualikan bermula 6 Julai hingga 30 September ini kepada mereka yang melancong secara berkumpulan, antaranya termasuklah pelancong dari China, Kemboja, Indonesia, Filipina dan Vietnam.

Pengumuman tersebut dibuat selepas negara itu dilaporkan tidak lagi mencatatkan kes baharu MERS-CoV selama empat hari berturut-turut.

Selain itu, visa yang telah dikeluarkan dalam tempoh 1 Mac hingga 30 Jun akan dilanjutkan selama enam bulan berikutan Seoul akan memasuki kemuncak musim pelancongan pada bulan Julai dan Ogos.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China