Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak mendoakan kejayaan skuad hoki negara apabila turun bertemu dengan India dalam saingan separuh akhir Liga Hoki Dunia di Antwerp, Belgium, semalam. Dalam entri terbaharu menerusi akaun Twitter milik beliau, @NajibRazak sebentar tadi, Perdana Menteri juga yakin skuad bimbingan Tan Beng Hai itu mampu mengatasi pihak lawan dan mahu mereka bersungguh-sungguh memenangi perlawanan tersebut.