Menteri Luar China, Wang Yi, yang membawa usul Beijing mengenai langkah penyelesaian isu nuklear Iran, menghadiri rundingan berkenaan yang berlangsung di Vienna semalam.
Beliau ketika diwawancara pemberita berkata, walaupun rundingan isu nuklear Iran kini berada pada fasa akhir, namun masih wujud beberapa isu sensitif yang tidak dapat dielakkan.
Oleh hal yang demikian, China akan mengemukakan usul dalam rundingan berkenaan untuk dibincangkan dengan pihak-pihak lain sehingga mencapai konsensus.