Cari:
Isu Nuklear Iran Capai Persepakatan
2015-07-03 14:46:06 CRI Cetak

Iran dan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) mencapai persepakatan berhubung dengan penyelesaian beberapa isu teknikal dalam isu nuklear Iran.

Presiden negara itu, Hassan Rouhani selepas ditemui Ketua Pengarah IAEA, Yukiya Amano, di Teheran semalam berkata, selaku negara penandatangan Perjanjian Kawalan Senjata Nuklear (NPT), Iran bersedia untuk bekerjasama dengan IAEA dan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan bagi menyelesaikan isu nuklear negaranya.

Rouhani juga berharap agar IAEA dapat memainkan peranan secara proaktif dalam rundingan enam negara berkenaan dan menjaga hak Iran sebagai penandatangan NPT.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China