Cari:
Strategi Ketenteraan Nasional AS Diumumkan
2015-07-03 14:47:35 CRI Cetak

Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) mengumumkan laporan terkini Strategi Ketenteraan Nasional AS semalam, yang mendakwa kemungkinan negara itu akan melancarkan peperangan dengan negara-negara lain akan bertambah.

Menurut laporan tersebut, operasi ketenteraan AS lebih menfokuskan usaha memerangi keganasan kumpulan pelampau dalam tempoh sepuluh tahun lalu, manakala pada masa ini dan masa hadapan, negara itu lebih memberikan perhatian terhadap ancaman negara-negara lain. Pentagon menyebut tiga buah negara, iaitu Rusia, Iran dan Republik Demokratik Rakyat Korea (DPRK) sebagai ancaman terbesar kepada AS, malah keselamatan sejagat.

Berhubung dengan strategi ketenteraan terhadap China, Pentagon mendakwa bahawa Beijing memberikan ancaman yang tertentu kepada Washington. Namun, kuasa terbesar itu menyokong China menjadi rakan kerjasama dalam usaha memelihara keselamatan masyarakat antarabangsa.

Selain itu, Pentagon mengakui, dengan kelebihan teknologi persenjataan yang dimiliknya pada masa ini, pihaknya tidak mampu memastikan Kumpulan Militan Negara Islam (IS) dapat dihapuskan seratus peratus.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China