Cari:
Rundingan Isu Nuklear Iran Hampir Tepati Matlamat
2015-07-04 15:14:46 CRI Cetak

Menteri Luar Iran, Mohammad Javad Zarif semalam menyatakan, "kita tidak pernah begitu hampir menepati sasaran mencapai hasil muktamad", biarpun masih wujud percanggahan pendapat dalam rundingan isu nuklear negara itu.

Zarif dalam ucapan yang disiarkan melalui laman web Youtube semalam berkata, rundingan berkenaan memiliki prospek yang cerah, kerana beliau menampak "fikiran yang waras mengalahkan ilusi". Menurut beliau, jika satu perjanjian yang seimbang dan wajar dapat dicapai, ini bakal membantu menerokai visi baharu dalam usaha bersama-sama menangani cabaran utama.

Dimaklumkan, sedikit sebanyak kemajuan tercapai dalam usaha menyelaraskan pendirian yang dipegang enam negara yang terlibat dalam rundingan berkenaan, iaitu AS, Britain, Perancis, Rusia, China dan Jerman serta Iran berhubung dua perkara utama, iaitu pemeriksaan dan pengenaan sekatan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China