Cari:
Presiden Tunisia Isytihar Darurat
2015-07-05 14:44:53 CRI Cetak

Presiden Tunisia, Beji Caid Essebsi mengisytiharkan darurat selama 30 hari di seluruh negara dengan tujuan untuk mengekang aktiviti keganasan yang semakin berleluasa serta dalam konteks keselamatan serantau.

Beliau dalam satu siaran televisyen semalam berkata, serbuan Kumpulan Militan Negara Islam (IS) di sebuah hotel tepi pantai yang meragut 38 nyawa warga asing, 26 Mei lalu, kini menyebabkan negara itu di ambang perang. Oleh yang demikian, kerajaan akan terus menangani ancaman yang boleh membawa peperangan dalam negara dengan menggunakan semua tindakan yang sesuai.

Dimaklumkan, Undang-undang Sementara Darurat Tunisia memberikan kuasa kepada kerajaan untuk menggerakkan tentera dan polis bagi menangani mereka yang cuba mengadakan perhimpunan awam dan penahanan mereka yang ingkar.

Kejadian pembunuhan itu menjejaskan imej industri pelancongan Tunisia dengan ribuan pelancong meninggalkan negara itu serta menyebabkan kehilangan dianggarkan USD 500 juta (RM 1.89 bilion) kepada sektor yang menyumbang pendapatan tujuh peratus kepada ekonomi Tunisia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China