Cari:
Pencapaian Perjanjian Muktamad Isu Nuklear Iran Dipecut
2015-07-05 14:51:40 CRI Cetak

Hanya tinggal dua hari bagi pihak-pihak yang terlibat dalam rundingan isu nuklear Iran untuk mencapai perjanjian muktamad pada tarikh akhir 7 Julai ini.

Dilaporkan, pihak-pihak berkenaan meneruskan perbincangnan mengenai butiran-butiran perjanjian muktamad di Vienna semalam. Setiausaha Negara AS, John Kerry dan Menteri Luar Iran, Mohammad Javad Zarif melakukan pertemuan empat mata, serentak dengan itu, Ketua Organisasi Tenaga Atom Iran, Ali Akbar Saleh dan Setiausaha Tenaga AS, Ernest Moniz menyambung rundingan mengenai perkara-perkara teknikal. Selain itu, menteri-menteri luar dari enam negara akan balik ke Vienna hari ini atau besok untuk memecut perjanjian muktamad dicapai.

Sebelum ini, Ketua Pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa, Yukiya Amano yang baru menamatkan lawatan ke Iran dalam satu kenyataan berkata, tujuan lawatan kali ini adalah untuk menggalakkan penyelesaian beberapa masalah berkaitan dengan perjanjian muktamad berkenaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China