Cari:
CSRC: Kekalkan Kestabilan Pasaran Sekuriti
2015-07-06 16:13:44 CRI Cetak

Jurucakap Suruhanjaya Penyeliaan Sekuriti China (CSRC), Deng Ge berkata, selepas tawaran awam permulaan (IPO) bagi 28 perusahaan ditunda, tiada rancangan IPO baharu akan dilaksanakan dalam jangka masa terdekat. Walau bagaimanpun, audit IPO tidak akan dihentikan, jumlah perusahaan dan jumlah modal akan dikurangkan.

Ketika menyebut pergolakan drastik pasaran bursa saham di China baru-baru ini, Deng Ge menjelaskan bahawa Pertukaran Niaga Hadapan Kewangan China (CFFEX) telah menjalankan pengawalan terhadap sesetengah akaun perdagangan kontrak niaga hadapan indeks saham, terutamanya CSI 500. Langkah-langkah memanipulasi bursa saham secara haram akan disiasat dan dikenakan tindakan untuk mengekalkan kestabilan pasaran bursa saham China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China