Chile buat kali pertama menjuarai Piala Amerika selepas menewaskan Argentina 4-1 dalam tendangan penalti semalam. Kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan dalam perlawanan 120 minit dalam pertandingan akhir kejohanan tersebut.
Keputusan yang mengecewakan bagi Argentina, yang sudah ketandusan kejuaraan untuk membawa pulang piala tersebut selama 22 tahun.