Upacara peringati ulang tahun ke-78 perang anti-Jepun dan pameran "Kemenangan Cemerlang Sumbangan Sejarah" diadakan di Muzium Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun pagi tadi.
Anggota Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China(PKC) yang juga Setiauasaha Sekretariat Jawatankuasa Pusat PKC, Liu Yunshan, menyampaikan ucapan dalam majlis perasmian tersebut.
Menurut beliau, pada 7 Julai kira-kira 78 tahun lalu, militerisme Jepun telah menggemparkan dunia dengan peristiwa Lugouqiao dan melakukan pencerobohan terhadap China.
Rakyat China bersatu padu untuk menentang pencerobohan Jepun sehingga mencapai kemenangan dan memberikan sumbangan yang besar dalam Perang Anti-Fasis dunia.
Upacara bersejarah ini bertujuan untuk memperingati sejarah, mengenang jasa pahlawan, menghargai keamanan dan mencipta masa depan.