Simposium Antarabangsa Memperingati Ulang Tahun ke-70 Kemenangan Perang Anti-Fasis diadakan di Taipei semalam. Sarjana dan pakar dari Tanah Besar China, Taiwan, Amerika Syarikat (AS), Kanada, Britain, Perancis, Jerman dan Jepun menghadiri simposium tersebut dan bersama-sama mengimbas kembali sejarah perang tersebut.
Pemimpin Taiwan, Ma Ying-Jeou dalam majlis perasmian berkata, perjuangan rakyat China menentang pencerobohan Jepun merupakan sebahagian utama dalam Perang Anti-Fasis Dunia dan memainkan peranan penting dalam membawa kemenangan kepada peperangan tersebut.
Menurut taklimat, para peserta akan membincangkan sejarah itu dari aspek ketenteraan, politik, ekonomi, sosial, kebudayaan dan kajian serantau.