Aktiviti memperingati ulang tahun ke-70 kemenangan perang antipencerobohan Jepun diadakan di beberapa bandar di China.
Pameran kebudayaan "Kemenangan Cemerlang Sumbangan Sejarah" dirasmikan di Muzium Negara di Beijing semalam.
Pameran seumpama itu turut diadakan di bandar Nanjing. Lebih 700 gambar bersejarah rakyat China yang menentang pencerobohan Jepun dipamerkan.
Selain itu, Yangzhou, Haerbin dan bandar-bandar lain juga mengadakan aktiviti masing-masing memperingati ulang tahun ke-70 kemenangan perang itu.