Cari:
Menteri Jepun Nafi Ambil Pekerja secara Paksa
2015-07-08 15:30:36 CRI Cetak

Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying, dalam sidang akhbar semalam menggesa Jepun bertanggungjawab dan menghadapi kenyataan dalam isu sejarah pengambilan pekerja secara paksa.

Selepas Tapak Revolusi Industri Meiji Jepun dimasukkan dalam senarai warisan dunia baru-baru ini, Menteri Luar Jepun, Kisida Fumio, dan Ketua Setiausaha Kabinet, Yoshihide Suga menyatakan bahawa tiada tindakan mengambil pekerja secara paksa, malah menterjemah istilah yang berkaitan sebagai "dituntut bekerja".

Hua Chunying berkata, mengambil pekerja secara paksa merupakan kegiatan jenayah oleh penceroboh Jepun terhadap negara lain. China menggesa Jepun menghadapi kenyataan dan mengambil tindakan praktikal untuk mendapatkan semula kepercayaan negara-negara jiran dan masyarakat antarabangsa.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China