Cari:
Ban Ki-moon Seru Kembangkan Pendidikan
2015-07-08 14:21:10 CRI Cetak

Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon menggesa masyarakat antarabangsa mengambil tindakan menggalakkan perkembangan pendidikan. Dalam pada itu, beliau turut mengalu-alukan penubuhan Majlis Dana Pendidikan Global.

Ban Ki-moon ketika berucap dalam majlis perasmian mesyuarat peringkat tinggi Sidang Kemuncak Pembangunan Pendidikan di Oslo, Norway berkata, sidang kemuncak ini akan mengutamakan pendidikan untuk kaum wanita, pendidikan dalam situasi kecemasan, kualiti dan pelaburan pendidikan. Kemajuan yang dicapai dalam bidang tersebut akan mencipta masa depan yang lebih cerah kepada dunia.

Perdana Menteri Norway, Erna Solberg dalam majlis perasmian itu turut mengumumkan Norway, Chili, Indonesia, Malawi dan UNESCO akan sama-sama menubuhkan Majlis Dana Pendidikan Global demi menggalakkan masyarakat antarabangsa meningkatkan peruntukkan dalam bidang pendidikan dan membaiki sistem bantuan dana pendidikan. Utusan khas PBB atas pendidikan yang juga mantan Perdana Menteri Britain, Gordon Brown akan dilantik sebagai pengerusi majlis tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China