Cari:
China Tolak Prosiding Timbang Tara Isu Laut China Selatan
2015-07-08 14:56:58 CRI Cetak

Kes timbang tara membabitkan pertikaian di Laut China Selatan yang difailkan oleh Filipina telah dibicarakan semalam. Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying, dalam sidang akhbar semalam menjelaskan bahawa China tetap tegas dengan pendirian tidak akan menerima dan menyertai prosiding tersebut.

Menurut Hua, sehubungan dengan kes timbang tara yang difailkan oleh Filipina secara sepihak yang melanggar persepakatan dengan China dan perjanjian dalam Deklarasi Tatalaku di Laut China Selatan (DOC), China telah kerap kali menyatakan pendirian tersebut. Dokumen kerajaan China mengenai hak pentadbiran dalam kes timbang tara isu Laut China Selatan yang dikeluarkan pada bulan Disember lalu telah menjelaskan pendirian China.

Dalam pada itu, sehubungan dengan bantahan Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Yoshihide Suga mengenai isu penerokaan gas asli di Laut Timur, Hua berkata, China hanya melaksanakan kegiatan dalam wilayah laut sendiri, bantahan Jepun tidak berasas dan China tidak akan menerima sebarang tuntutan Jepun yang tidak masuk akal.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China