Muzik merupakan wadah seni penting yang mendekatkan Sukan Olimpik dengan orang ramai. Baru-baru ini, beberapa lagu mengenai usaha Beijing memohon penganjuran Sukan Olimpik Musim Sejuk, antaranya termasuklah "Harapan", "Beijing" dan "Bangkit Musim Sejuk" semakin popular dan diminati ramai oleh golongan remaja di Beijing.
Sekolah Rendah Yangfangdian, Beijing terus melaksanakan aktiviti pendidikan "Olimpik di sekolah" sejak Beijing memohon penganjuran Sukan Olimpik 2008 pada tahun 2001.
Dalam usaha mempopularkan lagu-lagu Sukan Olimpik di kampus, Duta Besar Sukan Olimpik Musim Sejuk yang juga juara dunia acara ski gaya bebas, Li Niya, berkongsi pengalaman bermain ski dan turut bercerita mengenai atlet China yang mengambil bahagian dalam temasya sukan dunia itu.
Selaras dengan penganjuran sukan ais dan salji di China, para pelajar dari Sekolah Rendah Yangfangdian termasuk para pelajar dari seluruh negara bermungkinan akan menjadi sukarelawan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022. Perkara yang lebih penting ialah mereka dapat menikmati kegembiraan sukan ais dan salji dalam jangka masa yang lebih panjang kelak.