Cari:
Greece Mahu Dialog dengan EU
2015-07-09 14:53:13 CRI Cetak

Greece berhasrat untuk mengadakan dialog secara terbuka dengan Kesatuan Eropah (EU) untuk mencari kaedah penyelesaian krisis di negara itu.

Ini dinyatakan oleh Perdana Menteri Greece, Alexis Tsipras dalam sidang pleno Parlimen Eropah yang diadakan di Strasbourg, Perancis semalam

Beliau menyatakan krisis di Greece juga boleh dipandang sebagai krisis EU kerana EU tidak dapat mencari kaedah untuk menyelesaikan masalah hutang. Beliau menyeru Parlimen Eropah memainkan peranan yang lebih membina dalam hal ini.

Dalam perkembangan yang berkaitan, Menteri Kewangan Greece, Euclid Tsakalotos menyerahkan surat permohonan kepada Mekanisme Kestabilan Eropah (ESM) untuk mendapatkan bantuan pinjaman baharu bagi memastikan Greece tidak terkeluar daripada Zon Euro.

Pihaknya telah menyerahkan surat permohonan rasmi bagi mendapatkan dana pinjaman selama tiga tahun daripada ESM. Tambah beliau lagi, Greece komited untuk melunaskan semua hutang yang diberikan pemiutang dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China