Cari:
China Bantah Dakwaan Jepun Yang Tidak Berasas
2015-07-09 15:12:34 CRI Cetak

Pendirian dan sikap kerajaan China dalam isu Laut Timur dan Laut China Selatan konsisten dan jelas. China membantah dakwaan Jepun yang tidak berasas.

Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying dalam sidang akhbar di Beijing semalam.

Dilaporkan, Parti Liberal Demokratik (LDP) Jepun gagal meluluskan Kertas Putih Pertahanan edisi tahun 2015 kerana kertas putih perlu menambah kandungan mengenai tindakan China meneroka gas asli di Timur Laut dan projek pembinaan China di Laut China Selatan.

Mengulas mengenai perkara tersebut, Hua berkata, beberapa trend negatif Jepun dalam bidang keselamatan ketenteraan telah menjadi perhatian orang ramai. China mempunyai alasan untuk berasa bimbang mengenai dasar dan pembangunan keselamatan ketenteraan Jepun itu.

Menurut beliau, Jepun perlu memahami keadaan sekarang, mengambil iktibar daripada sejarah, mengekalkan perdamaian dan memainkan peranan membina demi kestabilan serantau.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China