Cari:
Embargo Senjata, Kebuntuan Utama Rundingan Nuklear Iran
2015-07-10 15:28:31 CRI Cetak

Pelbagai pihak yang terlibat dengan rundingan isu nuklear Iran mempercepat usaha terakhir semalam untuk mencapai perjanjian komprehensif isu nuklear Iran. Namun, pelbagai pihak masih mempunyai perbezaan pendapat tentang embargo senjata terhadap Iran.

Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov berkata, Rusia menyokong pembatalan embargo senjata terhadap Iran secepat mungkin, kerana Iran merupakan penyokong tegas dalam usaha membanteras kumpulan militan Negara Islam (IS). Pembatalan embargo itu membantu untuk memperhebat Iran dalam usaha memerangi keganasan di rantau berkenaan.

Menteri Luar China, Wang Yi ketika menghubungkan rakan sejawatnya dari Amerika Syarikat (AS) melalui telefon berkata, China bersedia untuk berusaha bersama-sama dengan pelbagai pihak untuk mendorong rundingan itu mencapai perjanjian secepat mungkin.

Dilaporkan lagi, John Kerry yang berada di Vienna semalam berkata, rundingan itu mesti akan berakhir. Sekiranya pelbagai pihak tidak dapat membuat keputusan yang sukar, maka AS akan menamatkan proses rundingan itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China