PBB mengemukakan Laporan 2015 Mengenai Matlamat Pembangunan Milenium (MDG) baru-baru ini. Kerajaan China juga akan mengumumkan kemajuan MDG negara ini dalam jangka masa terdekat.
Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying, dalam sidang akhbar di Beijing semalam.
Menurut beliau, China adalah antara penyumbang aktif dalam usaha mewujudkan matlamat anjuran PBB tersebut. China telah merealisasikan sebahagian besar matlamat tersebut. Jumlah penduduk miskin telah menurun sebanyak 433 juta orang dalam tempoh antara tahun 1990 hingga 2011, lima tahun lebih awal daripada yang disasarkan. Selain itu, China turut memberikan sokongan kepada negara-negara membangun lain untuk mewujudkan matlamat tersebut.