Cari:
Greece Tidak Mahu Keluar dari Zon Euro
2015-07-10 14:14:47 CRI Cetak

Tarikh tamat untuk Kesatuan Eropah (EU) dan Greece mencapai perjanjian bantuan semakin hampir. Pelbagai pihak berharap agar Greece dapat membentangkan rancangan pembaharuan yang terperinci dan boleh dilaksanakan supaya negara yang mengalami krisis hutang itu terus kekal dalam Zon Euro.

Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Christine Lagarde berkata, pihaknya tidak akan memberikan layanan istimewa kepada Greece. Beliau menegaskan, IMF akan membantu Greece mencari pelan penyelesaian demi menstabilkan ekonomi, mewujudkan pertumbuhan, dan memastikan hutangnya diteruskan.

Kini, negara-negara anggota Zon Euro telah mencapai persepakatan tentang impak negatif sekiranya Greece keluar dari Zon Euro. Namun, mereka masih mempunyai perbezaan pendapat mengenai hutang dan pembaharuan Greece, antaranya termasuklah sikap Jerman yang lebih keras, manakala Perancis lebih sederhana.

Perdana Menteri Greece, Alexis Tsipras menegaskan di Parlimen Eropah bahawa Greece tidak mahu keluar dari Zon Euro.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China