Cari:
Interaksi ICBC dengan Usahawan Indonesia
2015-07-10 14:44:13 CRI Cetak

Jamuan tengah hari interaksi Bank Industri dan Komersial China (ICBC) dengan usahawan Indonesia anjuran bersama ICBC dengan Persatuan Kerjasama Ekonomi, Sosial dan Budaya Indonesia-China diadakan di Jakarta semalam.

Ketua Pegawai Risiko (CRO) ICBC, Wei Guoxiong dalam jamuan itu berkata, ICBC telah memberikan sumbangan besar dalam menggalakkan perdagangan China-Indonesia dan pembangunan syarikat tempatan di Indonesia sejak membuka urus niaga di negara itu pada tahun 2007.

Pengerusi ICBC cawangan Indonesia, Shen Xiaoqi pula berkata, interaksi ini diadakan bertujuan untuk memahami keperluan usahawan tempatan dan menjelaskan matlamat jangka masa panjang pembangunan ICBC di Indonesia.

Pengarah Agensi Penyelarasan Pelaburan Indonesia (BKPM), Hari pula menyatakan bahawa gagasan Satu Jalur dan Satu Laluan (OBAOR) anjuran China selaras dengan inisiatif kerajaan Indonesia untuk membangunkan negara maritim yang kuat. Masa depan kerjasama pelaburan antara kedua-dua negara kini semakin cerah.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China