Cari:
Draf Perjanjian Greece Baharu "Serius dan Boleh Dipercayai"
2015-07-11 14:19:58 CRI Cetak

Presiden Perancis, Francois Hollande menyifatkan draf perjanjian bantuan Greece yang baharu sebagai "serius dan boleh dipercayai". Kerajaan Greece telah menunjukkan tekadnya untuk kekal dalam Zon Euro.

Beliau berkata demikian ketika diwawancara oleh media semalam. katanya, pelbagai pihak perlu mengambil sebarang tindakan demi mencapai perjanjian yang "memenuhi peraturan Kesatuan Eropah (EU)".

Kerajaan Greece pada awal pagi tadi mengesahkan bahawa pihaknya telah menyerahkan draf perjanjian tentang penyelesaian masalah hutang dalam jangka masa tiga tahun kepada pihak pemiutang. Menurut draf itu, Greece meminta pihak pemiutang memberikan bantuan modal sebanyak EUR 53.5 bilion (kira-kira RM 226.43 bilion) dalam tempoh tersebut.

Pemimpin dari 28 negara anggota EU akan mengadakan lagi sidang kemuncak untuk membincangkan isu Greece esok, dan ini tarikh akhir untuk EU dan Greece mencapai perjanjian bantuan. Sekiranya kedua-dua pihak itu masih gagal mencapai perjanjian, Greece kemungkinan akan terkeluar dari Zon Euro.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China