Cari:
Taufan Chan-Hom Membadai Timur China
2015-07-11 14:20:29 CRI Cetak

Menurut ramalan Jabatan Meteorologi Provinsi Zhejiang semalam, China, taufan Chan-Hom akan membadai Zhejiang, Fujian dan Shanghai di kawasan pantai timur China.

Menurut ramalan cuaca, taufan Chan-Hom akan membadai provinsi Zhejiang pada malam Jumaat hingga tengah hari Sabtu ini. Sehubungan dengan itu, Pusat Operasi Pencegahan Banjir Zhejiang telah meningkatkan tahap pencegahan taufan kepada peringkat I.

Kawasan yang akan dilanda taufan itu masing-masing membuat persiapan termasuk memindahkan orang ramai ke tempat yang lebih selamat, kapal-kapal nelayan dipanggil balik dari laut, dan semua aktiviti luar beramai-ramai dibatalkan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China