Cari:
China Bantah Kenyataan AS Berhubung Imigrasi Haram
2015-07-12 14:16:59 CRI Cetak

Kenyataan Amerika Syarikat (AS) berhubung tindakan Thailand menghantar pulang warga China yang memasuki wilayah Thailand secara haram tidak berasaskan kebenaran dan bersikap prasangka poliktik. China menyatakan ketidakpuasan dan bantahan keras terhadap kenyataan AS itu.

Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying ketika mengulas kenyataan AS tersebut dalam sidang akhbar di Beijing semalam.

Menurutnya, China dengan tegas menentang kegiatan yang membiarkan imigrasi haram yang melanggar konvensyen dan undang-undang antarabangsa itu dan telah mengeluarkan bantahan keras terhadap AS. China turut menggesa AS bersikap betul demi usaha China untuk membanteras imigrasi haram, berhenti mengeluarkan kenyataan yang salah, dan bertindakan memelihara perkembangan hubungan China-AS secara sihat dan mapan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China