Cari:
Penghantaran Pulang Imigran Haram dari Asia Tenggara
2015-07-12 14:17:39 CRI Cetak

Menurut Kementerian Keselamatan Awam China, polis China telah berjaya membawa pulang 109 orang imigran haram dan anggota kumpulan imigrasi haram dari Thailand pada 9 Julai lalu.

Bermula awal tahun ini, polis China telah beberapa kali membawa pulang imigran haram dan anggota kumpulan imigrasi haram dari negara Asia Tenggara.

Keputusan penyiasatan berkenaan menunjukkan, kebanyakan mereka berasal dari Xinjiang dan hendak pergi ke Turki atau melalui Turki ke Syria dan Iraq untuk menyertai apa yang disebut "perang jihad".

Dalam pada itu, terdapat beberapa kumpulan imigrasi haram di Turki. Kakitangan dari Kedutaan Besar Turki di negara-negara Asia Tenggara telah memberikan pemudahan demi imigrasi haram itu.

Pegawai Kementerian Keselamatan Awam China menyatakan, kerajaan dan polis China mengambil tindakan tegas membanteras kegiatan imigrasi haram di sisi undang-undang antarabangsa.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China