Cari:
China Bantah Kenyataan OHCHR
2015-07-12 15:08:37 CRI Cetak

Wakil Tetap China ke perwakilan PBB di Geneva, Wu Hailong menghantar surat kepada Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Bagi Hak Asasi Manusia (OHCHR), Hussain untuk menyatakan rasa kecewa dan ketidakpuasan terhadap kenyataannya berhubung Undang-undang Keselamatan China pada 7 Julai lalu.

Wu berkata, penggubalan undang-undang keselamatan negara merupakan kelaziman dunia. China tidak bersetuju dengan kenyataan pesuruhjaya tinggi OHCHR tentang definisi undang-undang keselamatan itu yang terlalu meluas. China menghadapi cabaran serius ketika menghadapi situasi keselamatan yang baharu, faktor risiko yang dapat diramal atau tidak dapat diramal banyak bertambah, dan risiko keselamatan bukan tradisional semakin serius. Mana-mana kerajaan akan bersikap tegas, tidak teragak-agak, tidak bertolak ansur, dan tidak membenarkan campur tangan negara lain, ketika memelihara kepentingan utamanya, China juga tidak terkecuali.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China