Cari:
Perjanjian Krisis Hutang Greece Capai Persepakatan
2015-07-13 17:51:56 CRI Cetak

Sidang Kemuncak Zon Euro mencapai persepakatan berhubung dengan krisis hutang Greece selepas mengadakan perbincangan selama 17 jam.

Presiden Kumpulan Euro, Jeroen Dijsselbloem, dalam sidang akhbar petang tadi berkata, pelbagai pihak telah mencapai persepakatan tentang isu kewangan, di samping mengadakan perbincangan tentang "tahap kepercayaan" terhadap kerajaan Greece.

Pihaknya akan mengadakan perbincangan mengenai sokongan kewangan dalam tempoh peralihan dengan kerajaan Greece dalam masa terdekat ini.

Walau bagaimanapun, perjanjian itu perlu diluluskan oleh Greece dan beberapa negara lain sebelum 14 atau 15 Julai ini agar perbincangan berkenaan dapat diadakan semula.

  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China